Monday, October 25, 2010

1 2 Mula

Jumpa lagi

Setelah miedia tanaman dibiar rehat dan lembab selama 3 hari, 2 biji benih ditanam dalam setiap polibeg. Sepas seminggu tunus mula kelihatan. Selepas seminggu satu anak pokok yang sihat segar bugar sahaja dibiar hidup.

Pejam celik dah mula membesar. Sejuk mata memandang. 10 polibeg tanaman dijaga bergilir oleh AJK.

Nampaknya semut suka curi media tanaman kami. Jadi kami guna batu bata terpakai untuk alas polibeg. Lepas semut tak datang lagi. Belalang juga suka makan daun. Tapi kami tak marah sebab impak tak teruk sangat.

Pokok tumbuh dengan sihat dan mula memdapat perhatian ramai. Ramai guru, murid dan pekerja sekolah yang berminat untuk mengetahui apakah rahsia pokok bendi kami yang sihat dan seksi. Dengan bangganya kami beritahu kami tak guna tanah dan segalanya tentang teknik penanaman kami. Akhirnya kami berharap kami ada CD untuk dimainkan apabila ada orang bertanya tentang teknik penanaman ini.

Pokoknya, ini adalah satu kejayaan kecil yang akan diikuti oleh kejayaan-kejayaan lain.

Tak sabar nak tengok bunga berkembang.

Media Tanaman

Jumpa lagi
Dengan bantuan khidmat nasihat FAMA kami memilih media tanaman 3 bahagian kokopit dan 1 bahagian serkam padi bakar. Bahan ini digaul rata dan diisi dalam polibeg. Ayah, pelajar-pelajar Kolej Risda Alor Gajah dan AJK taman membantu menjayakan projek ini. Hasilnya kos satu polibeg media tanaman RM2.
Media tanaman ini boleh digunakan selama 2 tahun. Hanya perlu tambah baja. Menjimatkan.

Sambil-sambil tu kami buat baja organik mesra alam. 2kg buah-buah yang rosak (racik), 600g gula merah dan 5 liter air. Semua ramuan dicampurkan dalam bekas plastik 10L dan diperam 3 bulan.

Dalam masa yang sama kami kaji jenis tanaman yang sesuai untuk kami usahakan melalui internet. Antara pilihan yang baik ialah cili, terung, bendi dan sayuran hijau.
Oleh kerana Unit Pendidikan Khas SMK Naning telah mengusahakan cili, maka kami memilih bendi. Senang jaga dan kurang penyakit.

Harap semua berjalan lancar. Doakan ye.

Wasallam

Wednesday, October 13, 2010

Bagaimana ia bermula

Makmal Sains SMK Naning telahpun mempunyai Taman Herba di Makmal Sains Menengah Rendah. Untuk memantapkan peranan taman ini Taman Sains Pertanian pula diperkenalkan.
Lokasi pilihan bagi Taman Sains Pertanian adalah di Blok D berhampiran Makmal Sains Teras. Ini adalah kerana murid Tingkatan 5 mempelajari tajuk Nutrition and Food Production. Antara yang dipelajari ialah keperluan nutrien, penyakit tumbuhanyang disebabkan oleh kekurangan nutrien dan kesan pencemaran oleh aktiviti pertanian. Saya berasa sukar mengajar tajuk ini kerana tiada contoh maujud yang boleh dikongsi dengan murid-murid saya.
Semasa proses Penarafan Kendiri Pengurusan Makmal dilakukan, Taman Sumber Sains adalah ciri istimewa yang dinilai. Maka saya merasakan ini adalah masa yang sesuai untuk menjalankan projek ini.
Bagaimanapun taman ini tidak boleh berjaya dengan sekelip mata. Banyak yang saya perlu pelajari dan selidiki dengan semangat berani gagal kaedah cuba jaya. Saya bershukur dengan bantuan ikhlas seratus peratus (tanpa bayaran) Fasilitator SCHOOLNET (FS41) En. Mohd Fahmi Azim bin Omar blog ini dapat dibangunkan.
Selepas siap kertas kerja pada 10 Mei 2010, saya memulakan projek ini dengan modal RM 25 yang saya peroleh daripada Dana Jabatan Sains dan Matematik SMK Naning. Dana ini memperoleh sumber kewangannya melalui sumbangan guru-guru, murid-murid dan keuntungan jualan alat tulis dan sebagainya.
Tiga orang murid saya Izzad, Azizi dan Hafiz dipilih sebagai pembantu saya.

Siapa saya ? Saya Puan Suzeliana Othman atau lebih mesra dipanggil Cikgu Suzie.

Jumpa lagi. Adios

Izzat

Jawatan Kuasa Pelajar Taman Sains Pertanian

Nama(Dari Kiri):
1)Mohd Izzad
2)Azizi
3)Mohd Hafiz

Selamat Datang

Selamat Datang diucapkan kepada semua yang melayari Blog ini