Wednesday, October 13, 2010

Bagaimana ia bermula

Makmal Sains SMK Naning telahpun mempunyai Taman Herba di Makmal Sains Menengah Rendah. Untuk memantapkan peranan taman ini Taman Sains Pertanian pula diperkenalkan.
Lokasi pilihan bagi Taman Sains Pertanian adalah di Blok D berhampiran Makmal Sains Teras. Ini adalah kerana murid Tingkatan 5 mempelajari tajuk Nutrition and Food Production. Antara yang dipelajari ialah keperluan nutrien, penyakit tumbuhanyang disebabkan oleh kekurangan nutrien dan kesan pencemaran oleh aktiviti pertanian. Saya berasa sukar mengajar tajuk ini kerana tiada contoh maujud yang boleh dikongsi dengan murid-murid saya.
Semasa proses Penarafan Kendiri Pengurusan Makmal dilakukan, Taman Sumber Sains adalah ciri istimewa yang dinilai. Maka saya merasakan ini adalah masa yang sesuai untuk menjalankan projek ini.
Bagaimanapun taman ini tidak boleh berjaya dengan sekelip mata. Banyak yang saya perlu pelajari dan selidiki dengan semangat berani gagal kaedah cuba jaya. Saya bershukur dengan bantuan ikhlas seratus peratus (tanpa bayaran) Fasilitator SCHOOLNET (FS41) En. Mohd Fahmi Azim bin Omar blog ini dapat dibangunkan.
Selepas siap kertas kerja pada 10 Mei 2010, saya memulakan projek ini dengan modal RM 25 yang saya peroleh daripada Dana Jabatan Sains dan Matematik SMK Naning. Dana ini memperoleh sumber kewangannya melalui sumbangan guru-guru, murid-murid dan keuntungan jualan alat tulis dan sebagainya.
Tiga orang murid saya Izzad, Azizi dan Hafiz dipilih sebagai pembantu saya.

Siapa saya ? Saya Puan Suzeliana Othman atau lebih mesra dipanggil Cikgu Suzie.

Jumpa lagi. Adios

No comments:

Post a Comment