Thursday, November 25, 2010

Salin Air Kolam

Selepas seminggu anak keli dilepaskan dalam kolam, sampailah masanya tukar air. Baunya, hanyir ! Tahan je. Selepas ditolak anak ikan yang kena tanggok dek budak sekolah dan 7 ekor yang mati, tinggallah 76 ekor anak ikan keli. Tak pe.. Ni kira cabaran.  En. Aziz, ketua pekerja sekolah cadangkan agar dua batu bata dimasukkan ke dalam kolam agar airnya sejuk. Logik juga. Sebab kalau air panas ikan akan stress. Macam kita juga. Kalau panas cepat sikit naik darah. Anak saya, Nur Sakinah pergi ambil batu bata di tepi gelanggang bola tampar dan masukkan dalam kolam. Perlahan-lahan, katanya takut tertindih anak ikan. Penuh nilai murni anak aku ni. Tengoklah siapa emak dia. He, he,he.

Hari ni, 26hb Nov, Jumaat. Saya datang ke sekolah sebab bebudak Tingkatan 5 kata nak belajar Maths. Janji pukul 9. Sekarang ni dah 9.50 am , seorangpun tak nampak batang hidung. Sambil tunggu dia orang, saya tengok-tengok taman kesayangan  ni. En. Kumar , tukang kebun sekolah, bagitau betapa sedapnya resepi bendi isterinya. Cam ni caranya. Bendi dibasuh, dihiris, dicelup dengan tepung goreng dan goreng hingga garing. Tengah hari ni kena cuba.

Nampaknya, anak ikan semuanya sihat dan berselera besar. OK. Saya nak sambung kerja lain pulak. Jumpa lagi

Monday, November 15, 2010

Ikan Keli

14 hb Nov aku lepaskan 100 ekor anak ikan keli dalam kolam PVC. kolam PVC ni dah tak pakai lagi sebab sistem perpaipan blok C dah dibaiki.
Geram betul aku, hari ni 16 Nov ada budak dah tangguk anak ikan yang tak berdosa tu. Aku doakan agar budak-budak dapat petunjuk dan hidayah daripada Allah agar tidak mengulangi perbuatan yang tak bermoral itu.
Anak keli aku beli di Labu (kenalan ayah aku). 100 ekor RM 10. Makanannya RM 3 sekilo. Dengan baget RM 28 sumbangan Dana Jabatan Sains dan Matematik, satu lagi element ditambah dalam Taman Sains Pertanian SMK Naning.
Adikku Siti Nor Shuhada yang sedang belajar perikanan di Universiti Terengganu nasihatkan aku agar rendamkan dulu plastik bergas yang berisi anak ikan dalam kolam yang aku sediakan sehingga suhu air dalam plastik dan air dalam kolam sama. (lebih kurang 20 minit). Lepas tu baru dilepaskan. Ia bertujuan untuk mengelakkan anak ikan stress. Ingatkan orang aje boleh stress, rupa-rupanya ikan pun sama.
Ikan keli dibela dalam kolam batu atau PVC ambil 3 bulan untuk membesar. Kalau kolam tanah 2 bulan je.
Tak sabar rasanya nak tuai hasil.
Jumpa lagi

Promosi 2

Hari ni aku dan ahli tuai kunyit. 2 kilo dan 20 helai daun kunyit diedarkan secara percuma kepada guru-guru dan staff smk Naning. Sambil-sambil tu kita orang buat promosi taman sains pertanian. Ia diiringi dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidil Adha. Buah tangan ni juga kita berikan kepada follower kita Cikgu Norlidah. Diharap kunyit dan daun kunyit tu dapatlah menyedapkan rendang raya diorang. Tu organik tau. Tanpa baja kimia atau racun serangga. Belalang suka hinggap kat daun kunyit. Kami tak bunuh tapi kami halau-halau cam tu je. Kesian kat belalang. Anyway adalah lebih kurang 20 helai daun yang selamat.

Tadi, Azizi dan Hafiz bagi ikan sembilang makan. Dia orang mengadu bau hanyir. Itu tandanya diaorang telah melakukan pemerhatian secara saintifik. Tahniah.

Tuesday, November 9, 2010

Tanaman Bendi

Salam. Jumpa lagi.
Tanaman Bendi fasa pertama telah ditanam semula. Untuk fasa kedua ni benih bendi baka lain ditanam. Baka baru ni dah mula berbuah selepas 30 hari ditanam (semai seminggu). Kali ni saya dan jawatan kuasa pelajar lebih memahami teknik menjaga tanaman dan jadual pembajaan dan pengairan. Hasil pertama dituai pada 6 November 2010.
Buahnya manis dan lembut. Yum-yum. Seperti biasa sayalah yang test bendi tu dulu. Ini adalah bendi yang terlazat dan terhebat yang pernah saya rasa.
Tanam sendiri baru anda faham apa yang saya rasa.
Adios

Friday, November 5, 2010

Promosi

Dua minggu lepas saya memperkenalkan blog ini semas mesyuarat jawatan kuasa PIBG. Nampaknya PIBG menyokong dan menerimanya secara positif. Saya juga memperkenalkan blog ini kepada murid-murid dan mempelawa mereka melawat blog atau menjadi follower.

cili api

Cikgu Junaidy kawan saya sumbang 5 anak pokok cili api. Saya terima dengan senang hati. Anak benih sihat dan segar. Terima kasih. Nampaknya bertambahlah koleksi pokok yang terdapat di Taman Sains Pertanian SMK Naning.

Thursday, November 4, 2010

ain

My Photo

Salam satu Malaysia.
Saya minta Ain (anak buah) review blog ni. Dia komen blog ni bosan sebab tak de widget. Atas kepakarannya yang melebihi saya, dia buat design yang sesuai. Inilah orangnya (lihat gambar). Baru 13 tahun, murid SMK King George V (alah.. lokasi drama Lagenda Budak Setan tu...). Sejuk perut maknya mengandung. Terima kasih juga kepada kerajaan Malaysia yang menitikberatkan ICT dalam  pendidikan.



Monday, October 25, 2010

1 2 Mula

Jumpa lagi

Setelah miedia tanaman dibiar rehat dan lembab selama 3 hari, 2 biji benih ditanam dalam setiap polibeg. Sepas seminggu tunus mula kelihatan. Selepas seminggu satu anak pokok yang sihat segar bugar sahaja dibiar hidup.

Pejam celik dah mula membesar. Sejuk mata memandang. 10 polibeg tanaman dijaga bergilir oleh AJK.

Nampaknya semut suka curi media tanaman kami. Jadi kami guna batu bata terpakai untuk alas polibeg. Lepas semut tak datang lagi. Belalang juga suka makan daun. Tapi kami tak marah sebab impak tak teruk sangat.

Pokok tumbuh dengan sihat dan mula memdapat perhatian ramai. Ramai guru, murid dan pekerja sekolah yang berminat untuk mengetahui apakah rahsia pokok bendi kami yang sihat dan seksi. Dengan bangganya kami beritahu kami tak guna tanah dan segalanya tentang teknik penanaman kami. Akhirnya kami berharap kami ada CD untuk dimainkan apabila ada orang bertanya tentang teknik penanaman ini.

Pokoknya, ini adalah satu kejayaan kecil yang akan diikuti oleh kejayaan-kejayaan lain.

Tak sabar nak tengok bunga berkembang.

Media Tanaman

Jumpa lagi
Dengan bantuan khidmat nasihat FAMA kami memilih media tanaman 3 bahagian kokopit dan 1 bahagian serkam padi bakar. Bahan ini digaul rata dan diisi dalam polibeg. Ayah, pelajar-pelajar Kolej Risda Alor Gajah dan AJK taman membantu menjayakan projek ini. Hasilnya kos satu polibeg media tanaman RM2.
Media tanaman ini boleh digunakan selama 2 tahun. Hanya perlu tambah baja. Menjimatkan.

Sambil-sambil tu kami buat baja organik mesra alam. 2kg buah-buah yang rosak (racik), 600g gula merah dan 5 liter air. Semua ramuan dicampurkan dalam bekas plastik 10L dan diperam 3 bulan.

Dalam masa yang sama kami kaji jenis tanaman yang sesuai untuk kami usahakan melalui internet. Antara pilihan yang baik ialah cili, terung, bendi dan sayuran hijau.
Oleh kerana Unit Pendidikan Khas SMK Naning telah mengusahakan cili, maka kami memilih bendi. Senang jaga dan kurang penyakit.

Harap semua berjalan lancar. Doakan ye.

Wasallam

Wednesday, October 13, 2010

Bagaimana ia bermula

Makmal Sains SMK Naning telahpun mempunyai Taman Herba di Makmal Sains Menengah Rendah. Untuk memantapkan peranan taman ini Taman Sains Pertanian pula diperkenalkan.
Lokasi pilihan bagi Taman Sains Pertanian adalah di Blok D berhampiran Makmal Sains Teras. Ini adalah kerana murid Tingkatan 5 mempelajari tajuk Nutrition and Food Production. Antara yang dipelajari ialah keperluan nutrien, penyakit tumbuhanyang disebabkan oleh kekurangan nutrien dan kesan pencemaran oleh aktiviti pertanian. Saya berasa sukar mengajar tajuk ini kerana tiada contoh maujud yang boleh dikongsi dengan murid-murid saya.
Semasa proses Penarafan Kendiri Pengurusan Makmal dilakukan, Taman Sumber Sains adalah ciri istimewa yang dinilai. Maka saya merasakan ini adalah masa yang sesuai untuk menjalankan projek ini.
Bagaimanapun taman ini tidak boleh berjaya dengan sekelip mata. Banyak yang saya perlu pelajari dan selidiki dengan semangat berani gagal kaedah cuba jaya. Saya bershukur dengan bantuan ikhlas seratus peratus (tanpa bayaran) Fasilitator SCHOOLNET (FS41) En. Mohd Fahmi Azim bin Omar blog ini dapat dibangunkan.
Selepas siap kertas kerja pada 10 Mei 2010, saya memulakan projek ini dengan modal RM 25 yang saya peroleh daripada Dana Jabatan Sains dan Matematik SMK Naning. Dana ini memperoleh sumber kewangannya melalui sumbangan guru-guru, murid-murid dan keuntungan jualan alat tulis dan sebagainya.
Tiga orang murid saya Izzad, Azizi dan Hafiz dipilih sebagai pembantu saya.

Siapa saya ? Saya Puan Suzeliana Othman atau lebih mesra dipanggil Cikgu Suzie.

Jumpa lagi. Adios

Izzat

Jawatan Kuasa Pelajar Taman Sains Pertanian

Nama(Dari Kiri):
1)Mohd Izzad
2)Azizi
3)Mohd Hafiz

Selamat Datang

Selamat Datang diucapkan kepada semua yang melayari Blog ini