Showing posts with label Tentang Taman Sains Pertanian. Show all posts
Showing posts with label Tentang Taman Sains Pertanian. Show all posts

Tuesday, November 9, 2010

Tanaman Bendi

Salam. Jumpa lagi.
Tanaman Bendi fasa pertama telah ditanam semula. Untuk fasa kedua ni benih bendi baka lain ditanam. Baka baru ni dah mula berbuah selepas 30 hari ditanam (semai seminggu). Kali ni saya dan jawatan kuasa pelajar lebih memahami teknik menjaga tanaman dan jadual pembajaan dan pengairan. Hasil pertama dituai pada 6 November 2010.
Buahnya manis dan lembut. Yum-yum. Seperti biasa sayalah yang test bendi tu dulu. Ini adalah bendi yang terlazat dan terhebat yang pernah saya rasa.
Tanam sendiri baru anda faham apa yang saya rasa.
Adios

Friday, November 5, 2010

cili api

Cikgu Junaidy kawan saya sumbang 5 anak pokok cili api. Saya terima dengan senang hati. Anak benih sihat dan segar. Terima kasih. Nampaknya bertambahlah koleksi pokok yang terdapat di Taman Sains Pertanian SMK Naning.

Monday, October 25, 2010

1 2 Mula

Jumpa lagi

Setelah miedia tanaman dibiar rehat dan lembab selama 3 hari, 2 biji benih ditanam dalam setiap polibeg. Sepas seminggu tunus mula kelihatan. Selepas seminggu satu anak pokok yang sihat segar bugar sahaja dibiar hidup.

Pejam celik dah mula membesar. Sejuk mata memandang. 10 polibeg tanaman dijaga bergilir oleh AJK.

Nampaknya semut suka curi media tanaman kami. Jadi kami guna batu bata terpakai untuk alas polibeg. Lepas semut tak datang lagi. Belalang juga suka makan daun. Tapi kami tak marah sebab impak tak teruk sangat.

Pokok tumbuh dengan sihat dan mula memdapat perhatian ramai. Ramai guru, murid dan pekerja sekolah yang berminat untuk mengetahui apakah rahsia pokok bendi kami yang sihat dan seksi. Dengan bangganya kami beritahu kami tak guna tanah dan segalanya tentang teknik penanaman kami. Akhirnya kami berharap kami ada CD untuk dimainkan apabila ada orang bertanya tentang teknik penanaman ini.

Pokoknya, ini adalah satu kejayaan kecil yang akan diikuti oleh kejayaan-kejayaan lain.

Tak sabar nak tengok bunga berkembang.

Wednesday, October 13, 2010

Bagaimana ia bermula

Makmal Sains SMK Naning telahpun mempunyai Taman Herba di Makmal Sains Menengah Rendah. Untuk memantapkan peranan taman ini Taman Sains Pertanian pula diperkenalkan.
Lokasi pilihan bagi Taman Sains Pertanian adalah di Blok D berhampiran Makmal Sains Teras. Ini adalah kerana murid Tingkatan 5 mempelajari tajuk Nutrition and Food Production. Antara yang dipelajari ialah keperluan nutrien, penyakit tumbuhanyang disebabkan oleh kekurangan nutrien dan kesan pencemaran oleh aktiviti pertanian. Saya berasa sukar mengajar tajuk ini kerana tiada contoh maujud yang boleh dikongsi dengan murid-murid saya.
Semasa proses Penarafan Kendiri Pengurusan Makmal dilakukan, Taman Sumber Sains adalah ciri istimewa yang dinilai. Maka saya merasakan ini adalah masa yang sesuai untuk menjalankan projek ini.
Bagaimanapun taman ini tidak boleh berjaya dengan sekelip mata. Banyak yang saya perlu pelajari dan selidiki dengan semangat berani gagal kaedah cuba jaya. Saya bershukur dengan bantuan ikhlas seratus peratus (tanpa bayaran) Fasilitator SCHOOLNET (FS41) En. Mohd Fahmi Azim bin Omar blog ini dapat dibangunkan.
Selepas siap kertas kerja pada 10 Mei 2010, saya memulakan projek ini dengan modal RM 25 yang saya peroleh daripada Dana Jabatan Sains dan Matematik SMK Naning. Dana ini memperoleh sumber kewangannya melalui sumbangan guru-guru, murid-murid dan keuntungan jualan alat tulis dan sebagainya.
Tiga orang murid saya Izzad, Azizi dan Hafiz dipilih sebagai pembantu saya.

Siapa saya ? Saya Puan Suzeliana Othman atau lebih mesra dipanggil Cikgu Suzie.

Jumpa lagi. Adios

Jawatan Kuasa Pelajar Taman Sains Pertanian

Nama(Dari Kiri):
1)Mohd Izzad
2)Azizi
3)Mohd Hafiz

Selamat Datang

Selamat Datang diucapkan kepada semua yang melayari Blog ini