Selepas seminggu anak keli dilepaskan dalam kolam, sampailah masanya tukar air. Baunya, hanyir ! Tahan je. Selepas ditolak anak ikan yang kena tanggok dek budak sekolah dan 7 ekor yang mati, tinggallah 76 ekor anak ikan keli. Tak pe.. Ni kira cabaran. En. Aziz, ketua pekerja sekolah cadangkan agar dua batu bata dimasukkan ke dalam kolam agar airnya sejuk. Logik juga. Sebab kalau air panas ikan akan stress. Macam kita juga. Kalau panas cepat sikit naik darah. Anak saya, Nur Sakinah pergi ambil batu bata di tepi gelanggang bola tampar dan masukkan dalam kolam. Perlahan-lahan, katanya takut tertindih anak ikan. Penuh nilai murni anak aku ni. Tengoklah siapa emak dia. He, he,he.
Hari ni, 26hb Nov, Jumaat. Saya datang ke sekolah sebab bebudak Tingkatan 5 kata nak belajar Maths. Janji pukul 9. Sekarang ni dah 9.50 am , seorangpun tak nampak batang hidung. Sambil tunggu dia orang, saya tengok-tengok taman kesayangan ni. En. Kumar , tukang kebun sekolah, bagitau betapa sedapnya resepi bendi isterinya. Cam ni caranya. Bendi dibasuh, dihiris, dicelup dengan tepung goreng dan goreng hingga garing. Tengah hari ni kena cuba.
Nampaknya, anak ikan semuanya sihat dan berselera besar. OK. Saya nak sambung kerja lain pulak. Jumpa lagi
Showing posts with label Ikan Keli. Show all posts
Showing posts with label Ikan Keli. Show all posts
Thursday, November 25, 2010
Monday, November 15, 2010
Ikan Keli
14 hb Nov aku lepaskan 100 ekor anak ikan keli dalam kolam PVC. kolam PVC ni dah tak pakai lagi sebab sistem perpaipan blok C dah dibaiki.
Geram betul aku, hari ni 16 Nov ada budak dah tangguk anak ikan yang tak berdosa tu. Aku doakan agar budak-budak dapat petunjuk dan hidayah daripada Allah agar tidak mengulangi perbuatan yang tak bermoral itu.
Anak keli aku beli di Labu (kenalan ayah aku). 100 ekor RM 10. Makanannya RM 3 sekilo. Dengan baget RM 28 sumbangan Dana Jabatan Sains dan Matematik, satu lagi element ditambah dalam Taman Sains Pertanian SMK Naning.
Adikku Siti Nor Shuhada yang sedang belajar perikanan di Universiti Terengganu nasihatkan aku agar rendamkan dulu plastik bergas yang berisi anak ikan dalam kolam yang aku sediakan sehingga suhu air dalam plastik dan air dalam kolam sama. (lebih kurang 20 minit). Lepas tu baru dilepaskan. Ia bertujuan untuk mengelakkan anak ikan stress. Ingatkan orang aje boleh stress, rupa-rupanya ikan pun sama.
Ikan keli dibela dalam kolam batu atau PVC ambil 3 bulan untuk membesar. Kalau kolam tanah 2 bulan je.
Tak sabar rasanya nak tuai hasil.
Jumpa lagi

Subscribe to:
Posts (Atom)